HomeUtamaKPDNHEP Kaji Harga Dan Kos Kit Ujian Kendiri COVID-19 Untuk Tentukan Harga...

KPDNHEP Kaji Harga Dan Kos Kit Ujian Kendiri COVID-19 Untuk Tentukan Harga Patut Runcit

Read Time:1 Minute, 9 Second

PUTRAJAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi, memaklumkan mengenai isu harga runcit Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang dijual di pasaran buat masa ini.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meneliti situasi ini dan menguruskan isu harga runcit Kit Ujian Kendiri COVID-19 sebaik mungkin demi kepentingan pengguna,” kata Alexander dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, KPDNHEP sedang menjalankan libat-urus dan kajian kos dan harga serta bekalan alat ujian kendiri COVID-19 terhadap syarikat-syarikat yang telah dilesenkan meliputi setiap rantaian pengedaran, pembekalan sehingga di peringkat runcit seperti farmasi dan klinik.

“Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan harga runcit alat ujian kendiri COVID-19 pada harga yang bersesuaian supaya tidak membebankan pengguna.

“Kit ujian kendiri COVID-19 kini merupakan keperluan penting kepada pengguna untuk mengurus dan menjaga keselamatan kesihatan secara kendiri dalam situasi semasa negara berhadapan dengan cabaran wabak COVID-19,” jelasnya.

Pada masa yang sama, KPDNHEP juga menyarankan agar pengguna lebih berhati-hati dengan pembelian Kit Ujian Kendiri COVID-19 di pasaran dengan membuat rujukan di laman sesawang rasmi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan / Malaysia Device Authority (MDA) di pautan https://portal.mda.gov.my/ untuk merujuk senarai syarikat yang telah diluluskan oleh pihak MDA untuk mengedar dan menjual Kit Ujian COVID-19 untuk kegunaan awam (pengguna).

RELATED ARTICLES
Utama

PPS hasrat perkasa wanita muda sebagai pelapis dalam pembuat keputusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular