HomeUtamaProjek Inovasi SMK Pamol raih 'Silver Medal' Kategori Alam Sekitar Peringkat Antarabangsa

Projek Inovasi SMK Pamol raih ‘Silver Medal’ Kategori Alam Sekitar Peringkat Antarabangsa

Read Time:2 Minute, 13 Second

SANDAKAN: Projek Inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol, Beluran berjaya meraih ‘Silver Medal’ dalam Kategori Alam Sekitar Peringkat Antarabangsa baru-baru ini.

SMK Pamol telah mewakili Malaysia dalam pertandingan Asia Pacific Conference of Young Scientists (APCYS) 2023 yang berlangsung secara atas talian melalui rakaman video dan aplikasi Zoom menerusi penghasilan produk inovasi EcoBright Solar Lamps (ESL).

APCYS 2023 yang diadakan pada 23 November 2023 adalah anjuran Malaysia Young Scientist Organization (MYSO) dan International Science Society (ISS).

Produk Inovasi EcoBright Solar Lamps (ESL) ini ialah sejenis lampu yang dihasilkan daripada botol kitar semula dengan menggunakan tenaga solar untuk membekalkan tenaga elektrik.

Pemasangan ESL di gerbang utama berhadapan bangunan sekolah. – Foto ihsan SMK Pamol

Objektif ciptaan ESL ini ialah untuk membantu menyelesaikan masalah di kawasan pedalaman yang menghadapi masalah bekalan tenaga elektrik.

Di samping itu ianya juga dapat meminimumkan masalah pemanasan global di Malaysia dengan penggunaan tenaga solar.

Pembinaan ESL juga berdasarkan konsep 3R iaitu (reduce, reuse dan recycle) dengan mengitar semula botol plastik untuk dijadikan lampu.

Manakala model ESL ini terdiri daripada satu lapisan botol yang direnyukkan untuk membina sudut tuju pantulan dalam penuh cahaya.

Ianya juga diisi dengan air bercampur 70 gram garam untuk menambah ketumpatan medium kerana keamatan cahaya di dalam botol plastik akan meningkat.

Sebelum ini, ESL ini telah diletakkan di jambatan Kampung Pamol dan juga pagar utama sekolah. Namun selepas kejayaan mendapat Anugerah Emas di peringkat kebangsaan yang lalu, penggunaan ESL ini telah dijadikan lampu dekorasi di gerbang utama berhadapan bangunan sekolah dan ESL telah berfungsi dengan baik dan cantik.

Pertandingan APCYS ini telah disertai oleh dua orang pelajar iaitu Shymelysney Mooney dan Margarcesybell Safrese dan turut dibantu oleh lima orang kru tambahan iaitu Susanna Qwek San San, Siti Rafbiyatul Adawiyah Josmin, Muhammad Roufieq Romena Nasir, Lisdaniela Darius dan Samantha Qwek Yen Yen.

Produk inovasi ESL yang dijadikan dekorasi di gerbang utama sekolah adalah hasil idea daripada Pengetua SMK Pamol, Sanaleh Daud.

Pemasangan ESL di gerbang ini di hasilkan oleh tujuh orang peserta APCYS dan di bantu lagi dengan lima orang pelajar iaitu Charlotte Sulong Richard, Noor Shamimi Shafiqah, Leo Eusebio Vincent, Treyneddy Hardson, Ashley Alecia Prisley dan Mohd Syawal Iqram.

Guru pembimbing yang bertanggungjawab membimbing pasukan ini ialah Siti Noraini Mislihan dan Tajatin @Tajudin Djuma yang memberi komitmen sepenuhnya dalam pertandingan ini.

Pertandingan APCYS 2023 ini disertai oleh 10 buah negara iaitu Guam, Indonesia, Singapore, Mongolia, Thailand, Turkey, Slovenia, Tunisia, Spain dan Malaysia.

Malaysia telah menghantar lapan pasukan dan SMK Pamol salah satu pasukan yang memenangi “Silver Medal” dalam pertandingan tersebut.

Sementara itu, Sanaleh berkata, kejayaan ini telah memberi satu momentum yang baik kepada pelajar lain dan semua pelajar di seluruh Malaysia terutamanya sekolah pedalaman seperti SMK Pamol.

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM lancar OGL Khas, lumpuhkan kegiatan JRS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular