HomeSukanSAGA X : Boling padang tawar lapan pingat emas

SAGA X : Boling padang tawar lapan pingat emas

Read Time:1 Minute, 15 Second

Keningau: Sebanyak 10 buah kontinjen akan berentap dalam acara boling padang pada temasya Sukan Sabah (SAGA) kali ke-10 yang membuka tirai aksi perlawanan semalam.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, acara yang diadakan sehingga Rabu itu mampu melahirkan atlet-atlet yang berkebolehan untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya difahamkan sebanyak 10 buah kontinjen terlibat dalam pertandingan Boling Padang kali ini antaranya Kontinjen Keningau, Tenom, Penampang, Sandakan, Beluran, Pitas, Beaufort, Kota Belud, Tawau dan Kota Kinabalu selaku tuan rumah.

“Harapan kita agar kesemua peserta dapat menunjukan semangat juang yang tinggi serta berkomitmen untuk menang agar dapat kita ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan pembukaan acara Boling Padang SAGA X di Kompleks Sukan Keningau di sini semalam.

Sementara itu, Presiden Boling Padang Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pertandingan, Shuib Hashim mengalu-alukan acara sukan tersebut diadakan di Keningau memandangkan Kota Kinabalu selaku tuan rumah SAGA X mengalami kesulitan.

“Pada edisi kali ini, kebanyakan kontinjen menyenaraikan peserta-peserta muda di bawah umur 17 tahun, dan ini satu perkembangan positif untuk kita mencungkil dan menyerlahkan bakat-bakat muda agar dapat kita ketengahkan pada masa depan, “katanya.

Seperti edisi yang lepas, acara Boling Padang SAGA X kali ini menawarkan lapan pingat emas untuk di menangi melibatkan lapan disiplin iaitu Single lelaki dan wanita, Pairs atau berdua lelaki dan wanita, Triple atau bertiga lelaki dan wanita seterusnya  disiplin Berempat juga melibatkan kategori lelaki dan wanita.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular