HomeIsu tempatanAmaran ribut petir dijangka berlaku di beberapa daerah di Sabah

Amaran ribut petir dijangka berlaku di beberapa daerah di Sabah

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di beberapa buah daerah di Sabah sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, antara daerah terlibat di Sabah adalah melibatkan kawasan Kuala Penyu; Beaufort; Putatan; Penampang; Kota Kinabalu dan Ranau.

Selain itu, amaran itu turut dijangka akan berlaku di Sandakan dan Kudat.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di Sabah  melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau), Sandakan dan Kudat (Pitas)

“Selain Sabah, amaran ini juga dijangka akan berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 9 malam hari ini,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

MetMalaysia turut memaklumkan, amaran itu juga dijangka akan berlaku di negeri Perak (Bagan Datuk dan Hilir Perak); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling); WP Kuala Lumpur; Johor (Kluang dan Kulai); Sarawak: Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Limbang.

Tambah kenyataan itu lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular