HomeIsu tempatanSemangat Patriotisme Perlu Ada Dijiwa Rakyat Meskipun Berdepan Pandemik COVID-19

Semangat Patriotisme Perlu Ada Dijiwa Rakyat Meskipun Berdepan Pandemik COVID-19

Read Time:1 Minute, 25 Second

TAMPARULI: Semangat patriotisme bukan sekadar dengan mengibarkan Jalur Gemilang tetapi dengan membantu usaha kerajaan memerangi penularan wabak COVID-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, semangat kecintaan terhadap negara dalam norma baharu ini, harus diperlihatkan dengan mematuhi semua usaha negara untuk berhadapan dengan Pandemik COVID-19.

“Ini kalau dapat kita laksanakan, kita telah memperlihatkan betapa cinta dan kasihnya kita kepada negara kita Malaysia, kerana dengan melakukan semua ini, kita telah membantu negara untuk hidup di dalam keadaan sihat terpelihara daripada Pandemik yang sangat-sangat dasyat dan menekankan kehidupan kita seharian,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyertai program Info on Wheels ( IOW) – Norma Baharu Pejabat Penerangan Daerah Tuaran, Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Daerah Kecil Tamparuli, disini hari ini.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging, Pegawai Penerangan Daerah Tuaran, Malina Jamarin, Ketua Bahagian Pengurusan Polis Daerah, Asisten Superintendan Raji Hussin Suhodin Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar.

Menurutnya, program penyerahan Jalur Gemilang secara simbolik ke beberapa lokasi terpilih di Tamparuli adalah untuk membangkitkan semangat patriotisme tersebut.

“Kerana warga Malaysia khsususnya anak-anak muda, perlu disedarkan sempena bulan kebangsaan ini, kita memperbaharui tekad kita, cinta kepada negara dengan berpegang kepada prinsip-prinsip rukunegara,” katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada rakyat agar sentiasa menuruti apa sahaja arahan yang dikeluarkan kerajaan bagi menghalang penularan COVID-19, dapat disokong, demi kelangsungan hidup semuanya.

“Tiada guna kita laungkan kemerdekaan jika kita tidak menyokong program vaksinasi dan mengingkari SOP yang ditetapkan,” tambahnya lagi.

Antara lokasi yang terlibat adalah Pekan Tamparuli, Kampung Tamparuli, Kampung Bantayan, Pekan Topokon dan Pekan Tenghilan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya