HomeUtamaDBKK terima kunjungan delegasi Pentadbiran Daerah dan PBT Selangor

DBKK terima kunjungan delegasi Pentadbiran Daerah dan PBT Selangor

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) semalam menerima kunjungan hormat dan lawatan rasmi delegasi Pentadbiran Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.

Rombongan yang diketuai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim selaku Ketua Delegasi Pentadbiran Daerah Selangor dan PBT Negeri Selangor itu telah disambut oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah.

Hadir sama menyambut ketibaan rombongan tersebut ialah Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie.

DBKK dalam kenyataan memaklumkan amat gembira dan mengalu-alukan lawatan rasmi seumpama itu kerana ia menyediakan ruang serta peluang untuk saling mengenali antara satu sama lain, bertukar-tukar pandangan dan pengalaman.

“Negeri Selangor merupakan negeri yang paling maju dan makmur di Malaysia dan kejayaan ini sudah tentu disebabkan oleh kecemerlangan pengurusan yang diberikan oleh warganya.

“Selain daripada itu, penganjuran acara seperti ini juga membuka peluang untuk pelbagai pihak berkongsi amalan-amalan terbaik di Jabatan masing-masing,” menurut kenyataan itu di sini semalam. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

TSA 2012 & pelantar benua kekal sebagai perkara yang “tidak boleh...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular