HomeIsu tempatanPemilik premis disiasat gagal letak tanda harga

Pemilik premis disiasat gagal letak tanda harga

Read Time:1 Minute, 27 Second

Sandakan : Seorang pemilik premis di sebuah Hospital di sini disiasat sebelum diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana tidak meletak tanda harga pada beberapa unit makanan ringan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan Azdy Zukkry John berkata, ia adalah susulan daripada aduan pelanggan yang memuat naik di media sosial mengenai harga barangan serta kemudahan yang ada di premis berkenaan.

Katanya, ekoran dari aduan itu, sepasukan anggota penguat kuasa telah menjalankan pemeriksaan di premis itu semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa pemilik premis kedai tersebut telah gagal meletakkan tanda harga ke atas 30 unit makanan ringan pelbagai perisa yang dipamerkan untuk jualan di premis perniagaannya. 

“Satu tindakan kes di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 telah diambil ke atas pemilik premis terbabit dan kesemua 30 unit makanan ringan pelbagai perisa yang tidak diletakkan tanda harga itu telah disita untuk tindakan siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azdy berkata, pihaknya turut menasihatkan pemilik premis  agar memberikan makluman atau notis yang jelas di tempat yang mudah dilihat oleh pengguna berhubung dengan kemudahan serta kadar bayaran mengecas alat komunikasi yang disediakan di kedainya.

Katanya, bagi individu yang melakukan kesalahan gagal meletakkan tanda harga atau senarai harga ke atas barangan yang dijual boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM25,000.

“Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga RM50,000,” katanya.

Dalam pada itu, Azdy berkata, KPDN cawangan Sandakan sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga.

Katanta,  pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran rasmi aduan yang disediakan. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN SANDAKAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pementasan teater ‘Salina’ bermula Jumaat ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular