Read Time:24 Second
Kota Kinabalu : Seramai 50 murid sekitar Tanjung Aru yang terdiri daripada golongan B40, miskin tegar dan yatim piatu menerima baucer bantuan persekolahan.
Bantuan yang disumbangan Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) Cawangan Tanjung Aru itu adalah bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi ibu bapa murid yang terlibat.
Pengerusi PMBS Cawangan Tanjung Aru Pg Alliyuddin Pg Ahmad berharap agar bantuan yang diberikan dapat digunakan dengan sebaiknya.
“Saya juga mahu anak-anak ini terus belajar bersungguh-sunggu demi masa depan yang cemerlang,” katanya.