HomeIsu tempatanKTYS terus perkukuh hubungan baik dengan komuniti setempat

KTYS terus perkukuh hubungan baik dengan komuniti setempat

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Pusat Khidmat Komuniti, Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dengan kerjasama Ahli Parlimen P173 Putatan dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui projek membaiki dan menaik taraf dua buah perhentian bas yang terletak di hadapan Perdana Park, Tanjung Aru dan Pekan Lok Kawi, Kinarut baru-baru ini.

Projek menelan kos RM15,000 itu disumbangkan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah dan Ahli Parlimen Papar, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Seramai sepuluh orang termasuk pelajar dan kakitangan KTYS dari bidang Kimpalan dan Teknologi Binaan Bangunan menyertai projek tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Hj Samin Hj Ongki berkata, kedua-dua projek naik taraf perhentian bas tersebut telah berjaya disiapkan dalam masa tiga hari bermula 5 hingga 7 Februari 2024.

“Objektif aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Khidmat Komuniti KTYS ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan perhubungan kolej dengan komuniti setempat.

“Selain, pelajar-pelajar KTYS dengan bimbingan tenaga pengajar kolej juga dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam bidang binaan bangunan dan kimpalan.

“Disamping bertujuan mendidik pelajar kolej agar sentiasa prihatin dan menyumbang kepada keperluan komuniti,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Tambah beliau, program berkenaan juga sebagai satu strategi pemasaran kolej, selain membantu kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Sebelum ini, sebanyak empat buah perhentian bas telah dinaik taraf oleh Pusat Khidmat Komuniti KTYS iaitu di Bandaraya Kota Kinabalu, Kuala Penyu dan Pekan Menumbok,” kata Hj Samin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular