HomeUtamaKKR diminta nilai semula kontraktor yang melaksanakan projek LPB di Sabah

KKR diminta nilai semula kontraktor yang melaksanakan projek LPB di Sabah

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kuala Lumpur : Kementerian Kerja Raya (KKR) diminta untuk menilai semula kontraktor yang melaksanakan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah berikutan kelewatan bagi menyiapkan projek itu.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah berkata, kelewatan itu juga menimbulkan kemarahan kepada rakyat Sabah khususnya pengguna jalan raya.

“Sehingga hari ini, pelaksanaan projek LPB di Sabah sangat lambat dan menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya. 

“Kita ingin tahu daripada KKR sejauh mana status kemajuan pelaksanaan projek LPB ini di Sabah. Jika kemajuannya jauh di bawah jangkauan, mungkin sudah tiba masanya kontraktor-kontraktor pelaksana ini dinilai semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Matbali turut bertanyakan berapa jumlah pakej projek LPB di Sabah yang belum diberikan tender.

Dalam pada itu, beliau turut meminta penjelasan mengenai status pelaksanaan Projek Jalan Raya Mendulong-Meligan-Long Pasia serta masalah elektrik solar hibrid di Long Pasia yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sejak 2017.

Katanya, kedua-dua kemudahan itu penting bagi penduduk di situ yang menantikannya sejak berdekad-dekad lamanya.

Sementara itu, Matbali juga meminta supaya Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang  dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan canggih.

Katanya, ia bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat serta mengambil kira kedudukan geografi Sipitang yang sangat luas. 

“Baru-baru ini, berlaku beberapa siri kebakaran akibat cuaca panas, dan kita difahamkan bahawa Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang menghadapi cabaran kritikal akibat kekurangan kelengkapan, jentera dan seumpamanya. 

“Apabila mereka mendapatkan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat terdekat di daerah Beaufort, malangnya mereka juga menghadapi kekangan yang serupa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Memacu Sabah ke Persada Dunia: Acara Antarabangsa dan Inisiatif Pelancongan Baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular