HomeUtamaBalai Cerap Al-Biruni Putatan dibuka sebagai satu destinasi pelancongan

Balai Cerap Al-Biruni Putatan dibuka sebagai satu destinasi pelancongan

Read Time:1 Minute, 39 Second

Putatan : Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil Putatan yang menjadi antara 29 lokasi rasmi tempat melihat anak bulan di seluruh negara akan dibuka sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini sesuai dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) memandangkan balai cerap itu merupakan salah satu mercu tanda Islam dan perkembangan ilmu falak di negeri ini.

Katanya, Balai Cerap Al-Biruni juga akan dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pemangkin bagi penyelidikan dan pendidikan berkaitan dengan ilmu Falak dan Astronomi.

Menurutnya lagi, Kerajaan sangat komited dalam pelaksanaan Majlis Rukyah Hilal Rasmi (Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah) demi maslahah umat Islam di negeri khususnya dan seluruh negara khasnya.

“Majlis Rukyah Hilal Rasmi (Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah) dan Majlis Rukyah Hilal Ramadhan Tahun 1445H /2024 merupakan majlis rasmi bagi Kerajaan Negeri Sabah setiap tahun.

“Ia merupakan majlis terpenting dalam soal ibadah umat Islam iaitu bagi menetapkan bermulanya umat Islam berpuasa, menyambut Aidilfitri dan Aidiladha,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rukyah Hilal Rasmi (Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah) dan Majlis Rukyah Hilal Ramadhan Tahun 1445H / 2024 bagi negeri Sabah di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk lr Shahelmey Yahya dan turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Hajiji berkata, Rukyatul Hilal adalah suatu tuntutan, dan di Malaysia kaedah rukyah (melihat) dan hisab (kiraan) adalah kaedah yang digunakan bagi menetapkan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.

“Dari segi perlaksanaannya pula, kaedah Rukyah dan Hisab dengan Kriteria Imkanur – Rukyah saling memenuhi keperluan di antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan.

“Kaedah Rukyah ini tidak boleh dipraktikkan dengan sebaik-baiknya jika pengetahuan ciri-ciri anak bulan tidak diketahui dan Rukyah tanpa persediaan teknikal adalah sia-sia dan boleh menimbulkan kekeliruan.

“Kerja-kerja yang berkaitan Rukyah Hilal adalah kerja mulia kerana ianya mempunyai nilai ibadah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN Sabah

RELATED ARTICLES
Utama

UMS cipta sejarah kibar bendera di puncak Gunung Kinabalu guna robot 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular