HomeUtamaBapa, anak perempuan empat tahun maut dalam kemalangan jalanraya

Bapa, anak perempuan empat tahun maut dalam kemalangan jalanraya

Read Time:1 Minute, 2 Second

KENINGAU: Dua beranak maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan manakala lima lagi cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalanraya di Jalan Apin-Apin dekat sini tengah malam tadi.

Mangsa yang maut pemandu dikenali sebagai Masino Gelong, 45 dan anak perempuannya berusia empat tahun, Claeryina Mecthildis Masino.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah) berkata, kemalangan yang berlaku tengah malam tadi (24 Mac) di Jalan Apin-Apin, Keningau itu melibatkan dua buah kenderaan jenis Toyota Avanza dan Nissan Navara.

“Terdapat 10 orang mangsa terlibat dalam kemalangan itu, tujuh sekeluarga dalam Toyota Avanza termasuk lima kanak-kanak berusia 2 hingga 11 tahun dan dua dewasa merupakan ibubapa mereka.

“Bagaimanapun, bapa dan anak perempuannya dalam kenderaan Avanza disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian, manakala isteri dan empat lagi anak mereka yang menaiki kenderaan sama mengalami cedera parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, terdapat tiga mangsa berada dalam kenderaan Nissan Navara hanya mengalami cedera ringan.

“Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital dengan menaiki Ambulans dan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.30 pagi tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular