HomeIsu tempatanAlumni UMS beri sumbangan bantu aktiviti iftar di UMS

Alumni UMS beri sumbangan bantu aktiviti iftar di UMS

Read Time:47 Second

Kota Kinabalu :  Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Pertubuhan Alumni UMS telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 kepada Pusat Islam UMS (PIUMS) sebagai sumbangan kepada aktiviti Iftar di UMS.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Alumni UMS yang kini menjalankan fungsi Presiden pertubuhan, Mohammad Pauzi Jhumat kepada wakil Pengarah PIUMS, Noorisah Taljid dalam satu acara ringkas di bangunan  PIUMS.

Menurut kenyataan dari Pertubuhan Alumni UMS, sumbangan tersebut adalah bagi membantu pihak PIUMS dalam aspek penyediaan juadah berbuka puasa di Masjid UMS.

“Pertubuhan Alumni UMS amat prihatin terhadap usaha PIUMS yang menyediakan juadah berbuka puasa hampir setiap hari kepada warga UMS khususnya kepada pelajar yang berada dalam kampus.

“Justeru itu, diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan dan memudahkan urusan-urusan tersebut,” demikian menurut kenyataan pertubuhan itu.

Hadir sama dalam sesi penyerahan tersebut Biro Penglibatan Global Alumni, Suhaimie Sahabuddin; Biro Pendidikan dan Kerjaya Alumni, Mohd. Syafwan Sapiee; dan Setiausaha Agung, Dayangku Rozlina Datuk Pg. Aliuddin

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 300 orang hadir program PeKa B40

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular