HomeUtama1,500 unit Rumah SMJ sudah siap dibina bagi keselesaan KIR miskin tegar

1,500 unit Rumah SMJ sudah siap dibina bagi keselesaan KIR miskin tegar

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) sebanyak 1,500 unit sudah disiapkan setakat ini.

Perkara itu adalah berdasarkan laporan terkini yang dikongsikan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah hari ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Samad Jamri berkata, sebanyak 1,500 unit lagi sedang dalam pembinaan di seluruh Sabah pada tahun ini.

Katanya, pelaksanaan pembinaan projek bagi peruntukan 2022 itu yang dilaksanakan bermula tahun lalu memperuntukkan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah akan mendapat 20 unit rumah SMJ.

“Program ini akan terus dilaksanakan pada tahun ini dengan jumlah yang sama 1,500 buah rumah lagi dengan jumlah keseluruhannya sebanyak 3,000 buah rumah untuk penerima golongan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar miskin dan B40,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid An-Nur Tuaran Jumaat lalu menyatakan penubuhan sekretariat SMJ yang ditugaskan bersama KPLB Sabah menangani isu kemiskinan, antaranya melaksanakan pembinaan 3,000 Rumah Mesra SMJ. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular