HomeUtamaCari kaedah tingkat minat pelajar terhadap STEM di Sabah

Cari kaedah tingkat minat pelajar terhadap STEM di Sabah

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Statistik peratus enrolmen pelajar yang mengambil aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negeri ini dilihat masih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, data menunjukkan Sabah mencatat peratusan terendah iaitu 12.35 peratus berbanding purata keseluruhan sebanyak 22.8 peratus.

Mustapha Sakmud

“Berdasarkan maklumat yang kita perolehi, statistik kita di Sabah melibatkan pelajar yang mengambil STEM agak rendah, lebih kurang 12.35 peratus sahaja.

“Justeru saya minta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) khususnya di Sepanggar ini supaya meningkatkan lagi kaedah bagaimana untuk meningkatkan minat pelajar terhadap STEM ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Karnival Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) @ Sabah di Dewan Mini Putrajaya di sini hari ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, negara amat memerlukan bakat-bakat yang berpengetahuan dalam bidang STEM bagi mengisi keperluan pelabur-pelabur yang semakin meningkat pada masa ini.

Terdahulu, ketika berucap, Mustapha berkata, dalam mengukuhkan Pendidikan STEM, kementeriannya berpendirian  bahawa masih terdapat ruang dan peluang untuk diterokai dalam usaha meningkatkan akses dan kualti keberhasilan pembelajran STEM dalam kalangan pelajar.

Katanya, tanggungjawab serta sokongan yang utuh daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan  objektif tersebut tercapai.

Mengenai majlis itu, Mustapha berkata, lebih 5,000 pengunjung terdiri dari pelajar universiti awam dan swasta hadir memeriahkan karnival. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular