HomeUtamaPICK : Lebih 500 Penduduk Terima Vaksin di PPV Kampung Dato

PICK : Lebih 500 Penduduk Terima Vaksin di PPV Kampung Dato

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Seramai 539 warganegara dan bukan warganegara menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama menerusi Program Jangkauan Luar (Outreach) fasa kedua yang dilaksanakan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Daerah Kota Kinabalu. 

Pegawai Perubatan Pejabat Kawasan Daerah Kota Kinabalu, Doktor Tee Wen-Li berkata, kehadiran orang ramai termasuk bukan warganegara di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tersebut membuktikan semakin ramai masyarakat yang menyedari tentang kepentingan suntikan vaksin.

“Kesihatan adalah hak asasi manusia dan wabak ini tidak memilih mangsa, justeru adalah penting untuk semua orang divaksin tidak kira warganegara atau bukan warganegara.

“Sekiranya kita tidak memberi vaksin kepada golongan bukan warganegara, kemungkinan untuk kita bebas daripada pandemik ini memakan masa yang panjang kerana mereka juga hidup dan bekerja di sekitar kita.

“Buat masa ini, kami masih bekerja keras dalam program-program yang dirancang untuk memastikan semua penduduk menerima vaksin agar kita dapat mengurangkan kesan penyakit akibat Covid-19,” ujarnya ketika ditemui media di PPV Kampung Dato, baru-baru ini.

Tee turut merakamkan ucapan terima kasih atas penglibatan semua pihak khususnya pemimpin masyarakat di peringkat pusat dan kampung kerana menyediakan tempat serta mengajak penduduk kampung hadir mendapatkan vaksin.

Tambahnya, Program Jangkauan Luar adalah satu pendekatan yang baik untuk memastikan mereka yang kurang berkemampuan, mempunyai masalah pengangkutan dan sakit terlantar dapat divaksin.

Program sehari tersebut turut dihadiri oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Inanam, Datuk William Majimbun; Pakar Perubatan Awam Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu merangkap Ketua Penyelaras PPV Daerah Kota Kinabalu, Dr Suhaila Osman dan Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Hasmawati Karroda./PENERANGAN-

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular