HomeUtamaKKDW peruntukkan RM2.4 juta untuk baiki saluran paip di Sepanggar

KKDW peruntukkan RM2.4 juta untuk baiki saluran paip di Sepanggar

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak RM2.4 juta peruntukan untuk membaiki saluran paip bekalan air di kawasan Sepanggar, kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid memaklumkan perkara itu ketika ditanya mengenai isu gangguan bekalan air di kawasan Sepanggar yang dilihat sangat kritikal pada ketika ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan akan terus ditambah dan berharap kerjasama di peringkat negeri dapat diselaraskan dengan KKDW untuk menyediakan bekalan air kepada penduduk.

“Kita telah memberikan peruntukan RM2.4 juta untuk membaiki saluran paip di Sepanggar. Ini termasuk jumlah keseluruhan sebanyak RM140 juta peruntukan untuk negeri Sabah bagi tahun 2024 di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) KKDW. Saya akan terus menambah peruntukan itu.

“Namun walaupun kita baiki saluran paip tetapi bekalan tidak mencukupi, mustahil pengguna akan memperolehinya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar, di sini pada Sabtu.

Sebelum itu, sekumpulan mahasiswa dan orang awam telah mengadakan perhimpunan aman di hadapan Menara Kinabalu baru-baru ini.

Perhimpunan tersebut adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Sabah bagi menuntut penyelesaian isu air termasuk di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terletak di kawasan Sepanggar.

RELATED ARTICLES
Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca
Utama

Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular