HomePolitikPRN17 Sabah: PBM mengeruhkan hubungan Sabah & Sarawak - Masiung

PRN17 Sabah: PBM mengeruhkan hubungan Sabah & Sarawak – Masiung

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Hasrat Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang boleh mengeruhkan hubungan erat antara Sabah dan Sarawak.

Justeru, Naib Presiden Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata secara peribadi beliau berpandangan, niat PBM itu lebih bersifat merosakkan hubungan persefahaman kedua-dua negeri yang telahpun membentuk pakatan ‘Blok Borneo’.

” Tindakan yang bakal dilakukan PBM boleh mengeruhkan hubungan baik antara rakyat dan pemimpin Sabah dan Sarawak.

” Ini bukan pandangan Gagasan Rakyat, namun secara peribadi saya nyatakan cadangan PBM itu berniat jahat untuk mencetuskan pergolakan politik pemimpin kedua-dua negeri berjiran, ” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

PBM yang bertapak di Sarawak akan melebarkan sayap ke Sabah untuk bertanding di tujuh kawasan dalam PRN Sabah ke-17 akan datang.

Kelmarin, Presiden PBM, Datuk Larry Sng mengumumkan parti itu berminat meletakkan calon di kawasan Kadazan, Dusun dan Murut, iaitu di Penampang, Kota Marudu, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Putatan dan Pensiangan.

Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut, berkata, walaupun PBM bukanlah parti yang menjadi ancaman kuat kepada Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi tindakan parti itu akan menjejaskan hubungan baik yang seda wujud dalam Blok Borneo.

Katanya, semua parti politik dalam kerajaan dan pembangkang di Sabah dan Sarawak saling menghormati pendirian Blok Borneo dan tidak meletakan calon mereka dalam PRN kedua-dua negeri.

Menurutnya, tindakan PBM yang berpusat di Sarawak untuk mengembang sayap ke Sabah boleh mengundang perpecahan dalam persefahaman politik dalam Blok Borneo.

RELATED ARTICLES
Utama

Belanjawan 2025: Beri peruntukan banyak kepada Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular