HomeUtamaKerajaan galak lebih ramai golongan wanita ceburi bidang mencabar

Kerajaan galak lebih ramai golongan wanita ceburi bidang mencabar

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Peranan golongan wanita khususnya di negeri ini dilihat penting bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan  sosial dan kemakmuran negara.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, penyertaan dan pencapaian wanita dalam pelbagai sektor juga semakin ketara menjadikan golongan wanita mampu berdaya saing.

Katanya, kini lebih ramai wanita telah berjaya memegang jawatan penting selain diberi peluang untuk menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan negara.

“Kementerian melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) juga sentiasa menggalakkan lebih ramai kaum wanita menceburi bidang-bidang yang lebih mencabar dan melibatkan kemahiran-kemahiran tertentu bersesuaian dengan arus perubahan teknologi yang semakin pesat.

“Ini kerana wanita bukan sekadar perlu keluar dari kepompong yang membelenggu fungsi dan pemikiran mereka sejak sekian lama tetapi harus bergerak maju seiring dengan kemajuan negara dalam era pembangunan global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Kepimpinan Wanita Berwibawa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

James berkata, pencapaian dan peratusan wanita sebagai pembuat keputusan telah mencapai 30 peratus antaranya ialah bilangan Setiausaha Tetap Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan Negeri.

“Saya melihat semakin menyerlah prestasi kebolehan para pegawai wanita dalam perkhidmatan awam hari ini.

“Hari ini kita menyaksikan kaum wanita telah menjawat jawatan- jawatan penting dalam sektor awam mahupun swasta. Walaupun dalam bilangan masih sedikit, tetapi ianya tetap membuktikan bahawa kaum wanita di negara ini mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

TSA 2012 & pelantar benua kekal sebagai perkara yang “tidak boleh...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular