HomeSukanCuaca panas tidak halang peserta KAR tamatkan cabaran

Cuaca panas tidak halang peserta KAR tamatkan cabaran

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Belud : Cuaca panas yang melanda di beberapa kawasan di Sabah khususnya di daerah ini tidak menghalang untuk peserta larian Kadamaian Adventure Race (KAR) untuk menamatkan acara yang disertai.

Acara yang diadakan selama dua hari berlangsung hujung minggu lalu itu menyaksikan beberapa laluan digunakan termasuklah Bukit Bogung yang menjadi antara cabaran kepada peserta.

Bagi pelari Madjaran Danih,50, dia berjaya mengharungi cabaran tersebut untuk menamatkan perlumbaan sejauh 110 kilometer dalam masa 34 jam dan lima minit.

“Saya pernah menyertai kategori 109 km di acara lain, Most Beautiful Thing (TMBT) Ultra-Trail Marathon pada tahun 2022, tetapi tidak dapat menghabiskan perlumbaan disebabkan gastrik.

“Tetapi untuk acara KAR ini, laluan memang sukar, bukan sahaja kerana Bukit Bogung yang curam dan ketinggian keseluruhan 4381 meter, tetapi juga kerana suhu yang terasa seperti 40 darjah Celsius,” katanya.

Madjaran yang merupakan kakitangan hospital Queen Elizabeth 2 itu mengakui telah menyertai enam acara ultra-trail sejak 2018.

Madjaran, yang juga presiden Kool Runner Sabah berkata, meskipun mencabar namun pengalaman tersebut adalah sebagai memuaskan bagi pelari yang gemar pengembaraan yang mendebarkan.

Dalam acara KAR 110 km, 195 peserta berjaya menamatkan perlumbaan, manakala 55 tidak berjaya menyelesaikannya. Dalam kategori 60 km, 196 berjaya menamatkan perlumbaan, dan 38 tidak berjaya.

Kategori lain termasuk 35 km dan 12 km.

KAR juga menyaksikan pelari elit Sabah memperoleh mata berharga untuk mewakili Malaysia dalam final Asia Trail Master pada bulan September.

Antara mereka adalah pemenang kategori lelaki untuk 110km Milton Amat yang menghabis larian dalam masa 16:45:59; diikuti tempat kedua Justin Giam dan seterusnya Haziq Asyraf.

Bagi kategori 110km wanita, Rejlen James menyempurnakan larian tersebut dalam masa 20:30:31; Adelinah Lintanga 21 jam dan 44 minit; manakala Dazaree Joannes 21 jam 46minit.

Lumba berprestij ini, di mana pelari boleh mengumpul mata untuk layak ke acara antarabangsa, menyaksikan beberapa peserta terpaksa menarik diri di pertengahan perlumbaan disebabkan oleh medan yang sukar dan suhu yang tinggi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular