HomeSukanOlimpik Paris 2024 : Zii Jia hadiahkan pingat kedua buat Malaysia

Olimpik Paris 2024 : Zii Jia hadiahkan pingat kedua buat Malaysia

Read Time:35 Second

Kota Kinabalu : Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya menghadiahkan pingat kedua buat Malaysia apabila merangkul pingat gangsa selepas menumpaskan Lakshya Sen dari India malam ini.

Kemenangan itu sekaligus menebus kekecewaan gagal mara ke final Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Dalam aksi di Porte de La Chapelle itu Zii Jia menewaskan Lakshya Sen dalam aksi rubber set 13-21, 21-16, 21-11.

Kejayaan itu juga membolehkan Zii Jia menjadi pemain perseorangan Malaysia ketiga yang memenangi pingat pada Sukan Olimpik.

Pemenang pertama ialah Datuk Rashid Sidek pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 apabila memenangi gangsa, disusuli Datuk Lee Chong Wei yang merangkul perak pada edisi di Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2012. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular