HomeSukanJangan ulangi kesilapan mudah - Alto

Jangan ulangi kesilapan mudah – Alto

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu: Pengendali Sabah FC II, Alto Linus mahu anak buahnya tidak mengulangi kesilapan-kesilapan mudah yang menyebabkan pasukannya mudah dibolosi dalam setiap perlawanan sebelum ini.

Alto berkata bagi memastikan kelemahan itu tidak berulang, beliau telah melipatgandakan rutin latihan bagi memperkuatkan lagi semangat dan kekentalan pasukan.

Katanya, berpandukan kepada analisis video yang dilakukan bersama para pemain dan latihan yang diterapkan sebelum ini beliau berharap skuadnya dapat menterjemahkan apa yang dipelajari dalam pertemuan menentang Kuching City FC di Stadium Likas dalam saingan Piala MFL bermula 7:30 malam ini.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Alto berkata, menerusi analisis semua perlawanan sebelum ni, apa yang dapat di lihat adalah kesilapan mudah yang menyebabkan Sabah mudah dibolosi.

“Dan, untuk persiapan perlawanan menentang Kuching City FC, kita terus memperbaiki kesilapan-kesilapan pemain dan saya berharap, kesemua pemain yang akan turun bermain esok, dapat cepat belajar untuk mengadaptasi apa yang kita perbaiki untuk dalam perlawanan ini, lebih-lebih tidak mengulangi kesilapan-kesilapan sebelum ini,” katanya 

Dalam pada itu, Alto turut memberitahu, setiap pemain, turut fokus perkasakan lagi konsentrasi masing-masing selain tumpuan daripada aspek teknikaliti.

“Kita sangat bekerja keras minggu ini sebelum perlawanan. Kita perbaiki semua kelemahan. 

“Saya berharap, para pemain akan adaptasikan segala yang telah mereka pelajari dalam kadar tuntas, selain, cepat memperbaiki kelemahan yang dikesan,” katanya.

Selaku pengendali pasukan Sabah FC II, Alto menzahirkan harapan besar anak buahnya mampu membawa perubahan besar.

Ini kerana, berdasarkan pemerhatian secara keseluruhannya, kesemua pemain siapsiaga dalam mod positif terhadap penekanan latihan yang beliau unjurkan.

Optimis anak buah kendaliannya akan beraksi dengan teknik efektif dalam perlawanan esok, Alto, turut menekankan, kehadiran pemain senior, mampu memperkukuhkan lagi persembahan mereka.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular