HomeUtamaMasalah sistem hidraulik punca pesawat patah balik, kata MAS

Masalah sistem hidraulik punca pesawat patah balik, kata MAS

Read Time:42 Second

KUALA LUMPU — Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan pesawat ke Seoul berpatah balik ke Kuala Lumpur lewat malam tadi, tidak lama selepas berlepas susulan masalah teknikal berkaitan sistem hidraulik.

Dalam kenyataan, syarikat penerbangan nasional itu berkata penerbangan MH66 selamat mendarat di KLIA pada 1.30 pagi tadi waktu tempatan.

“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang kami dan kru kekal menjadi keutamaan.

Awal pagi tadi, dilaporkan MH66 dijadual berlepas pada 11.30 malam, hanya melakukan penerbangan pada 12.01 tengah malam.

Menurut Flightradar24, penerbangan itu berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Susulan itu, Malaysia Airlines membatalkan penerbangan MH67 ke Seoul, Korea Selatan, dari Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, semua penumpang penerbangan MH66 dan MH67 disediakan penginapan, dengan penerbangan dijadualkan semula untuk berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 malam, 3 Sept.

Penerbangan balik juga dijadualkan semula untuk berlepas pada 5.10 pagi waktu Incheon, pada 3 Sept.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular