HomePendapatPandangan - Hentikan Pengambilan Pelajar MRSM Untuk Komuniti Khas, Biar Mereka Bersaing...

Pandangan – Hentikan Pengambilan Pelajar MRSM Untuk Komuniti Khas, Biar Mereka Bersaing Secara Adil

Read Time:5 Minute, 17 Second

1.        Pada awal September 2024, MRSM Taiping menjadi tumpuan rakyat Malaysia di seluruh negara. Ini berpunca dari video perbualan hangat di antara Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan seseorang yang di percayai pemilik syarikat makanan yang menguruskan Dewan Makan MRSM Taiping.

2.        Pengerusi MARA telah mengadakan lawatan ke MRSM Taiping susulan laporan insiden keracunan makanan, di mana ramai pelajar telah mengalami gejala sakit perut, cirit-birit, pening, loya, demam serta muntah.

Insiden ini telah di nilai sebagai serius sehinggakan Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang Selama telah mengarahkan Dewan Makan MRSM Taiping di tutup beberapa hari untuk aktiviti penambah-baikan.

3.        Video perbualan berkenaan menjadi viral di media sosial berikutan pemilik syarikat makanan tersebut yang berbincang dengan Pengerusi MARA kedengaran dengan nada serta bahasa yang angkuh dan tidak bertanggungjawab.

Seterusnya, isu ini menjadi bertambah viral setelah ‘siasatan’ netizen media sosial mendakwa pemilik syarikat makanan itu merupakan dari kalangan kayangan/ VIP.

4.        Tidak lama selepas itu, Pengerusi MARA telah memaklumkan bahawa kontrak syarikat makanan tersebut telah di tamatkan selepas gagal menjawab notis remedi yang di keluarkan oleh MARA. Tambahan lagi, MARA akan menyaman dan menuntut ganti rugi daripada syarikat makanan itu kerana melanggar kontrak penyediaan makanan.

5.        Tindakan tegas dan pantas oleh MARA menyelesaikan isu berkenaan seharusnya di puji dan di sokong sepenuhnya. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan pelajar semestinya menjadi keutamaan tanpa sebarang kompromi.

6.        Pada masa yang sama, MARA mesti menambah-baik proses pelantikan serta sistem pengawasan pengendali Dewan Makan MRSM agar isu sebegini tidak lagi berlaku. Sesungguhnya, isu sebegini mencemar reputasi MRSM sebagai institusi pengajian yang ulung di Malaysia.

7.        Selain MRSM di kenali sebagai institusi pengajian dengan kecemerlangan pelajar, MRSM juga mesti di kenali dengan kecemerlangan pengurusan, perguruan dan prasarana.

8.        Fakta menarik: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah institusi pendidikan peringkat menengah di bawah pengurusan Majlis Amanah MARA (MARA). Misi utama MRSM ialah untuk melahirkan pelajar yang berpotensi tinggi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

9.        MRSM Seremban merupakan MRSM pertama di tubuhkan pada tahun 1972. Selepas lebih 50 tahun, kini terdapat 57 buah MRSM di seluruh negara, yang terbahagi kepada 5 program sistem pendidikan dengan fokus tersendiri.

10.      Dalam tempoh lebih 50 tahun, MRSM telah melahirkan puluhan ribu graduan, di mana ramai yang telah berjaya di dalam pelbagai bidang sebagai profesional, cendikiawan, usahawan, ketenteraan & kepolisan, pemimpin politik serta Captain of Industry.

11.      Hasil usaha gigih semua pihak, terutamanya guru-guru, MRSM telah membina reputasi sebagai satu institusi pengajian terkemuka, yang merekodkan prestasi cemerlang secara konsisten tahun demi tahun.

Sebagai contoh. Untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023:

  • daripada jumlah 7,981 calon SPM, seramai 1,100 calon (13.8%) telah memperolehi keputusan semua gred A (iaitu A+, A, A-). Ini merangkumi hampir 10% daripada jumlah calon SPM yang mencapai semua gred A di seluruh negara
  • tiga buah MRSM (Kepala Batas, Gemencheh dan Pasir Salak) telah mencatatkan pancapaian 100% calon mendapat gred A (iaitu A+, A, A-) untuk mata pelajaran Matematik

12.      Bersandarkan reputasi berkenaan, setiap tahun ramai pelajar berminat dan bersaing untuk menyertai MRSM. Menurut Pengerusi MARA, untuk kemasukan tahun 2024, lebih 100,000 pelajar telah memohon untuk menyertai MRSM, di mana terdapat sebanyak 8,679 tempat sahaja di MRSM seluruh negara.

Ini bermakna kadar kejayaan/ success rate untuk kemasukan ke MRSM adalah sekitar 8%, iaitu 8 dalam 100 akan berjaya.

Persaingan yang sangat sengit!

13.      Beberapa hari lepas, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di lapor telah mengumumkan bahawa Kerajaan Malaysia bercadang untuk menubuhkan sebuah lagi MRSM (MRSM ATM) dalam masa terdekat, khusus untuk anak-anak komuniti Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada anak-anak komuniti ATM untuk mendapat pendidikan di MRSM.

14.      Menurut beliau, perbincangan sedang di jalankan untuk menentukan samada MRSM ATM berkenaan melibatkan pembinaan yang baru ataupun di tubuhkan daripada 4 buah MRSM yang sudah di bina tetapi belum beroperasi.

15.      Berdasarkan maklumat sediada, ketika ini sudah terdapat 2 MRSM yang melibatkan ATM:

MRSMTahun Penubuhan
MRSM Terendak, Melaka1983
MRSM ATM Bera, Pahang2021

16.      Selain itu, MARA juga telah menubuhkan beberapa MRSM khusus untuk anak-anak komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan FELDA:

MRSMTahun Penubuhan
MRSM PDRM Kulim, Kedah1991
MRSM FELDA Trolak, Perak2008

17.      Penubuhan MRSM sebegini untuk komuniti tertentu akan menyaksikan peratusan tinggi pelajar dari komuniti itu di MRSM berkenaan.

Sebagai contoh. Untuk MRSM ATM Bera, kuota sebanyak 30% di khususkan untuk anak-anak anggota serta veteran ATM. Manakala kuota 40% pula di khususkan untuk anak-anak kelahiran Pahang. Selebihnya (30%) terbuka kepada para pelajar dari seluruh negara.

18.      Secara prinsip asas, penubuhan MRSM sebegini wajar di hentikan. Ianya boleh menimbulkan pertikaian oleh sesetengah pihak, di mana Kerajaan Malaysia di lihat seolah-olah menghargai komuniti tertentu sahaja dan mengetepikan kebajikan komuniti lain.

Sebagai contoh. Antara pertikaian yang boleh timbul:

  • kenapa tiada MRSM untuk komuniti FELCRA?
  • kenapa tiada MRSM untuk komuniti bomba?

19.      Justeru itu, tiada justifikasi yang mendesak penubuhan MRSM khusus untuk komuniti tertentu. Kerajaan Malaysia boleh membantu semua komuniti terbabit dengan menempatkan para pelajar di serata MRSM seluruh negara.

20.      Seterusnya, MRSM khusus yang sediada pula wajar di jenamakan semula dan kuota untuk komuniti khusus seperti ATM, PDRM dan FELDA di MRSM terbabit di batalkan. Pelajar-pelajar dari komuniti ATM, PDRM dan FELDA boleh di tempatkan di serata MRSM, tanpa tertumpu di MRSM berkenaan.

21.      Sebaliknya, setiap MRSM sewajarnya menjadi ‘melting pot’ dengan pecahan pelajar yang lebih sekata, di mana tiada mana-mana komuniti memiliki peratusan pelajar yang tinggi dan dominan. Ini akan dapat menyemarakkan agenda asimilasi dan integrasi pelajar dari pelbagai latar belakang dan tempat.

Dengan itu, para pelajar boleh membina jalinan persahabatan dan ‘networking’ yang lebih meluas, merentasi komuniti sendiri.

22.      MRSM: Berdisiplin Berilmu Beramal.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Laporan Audit Negara Tanpa Teguran, Bukti Kerajaan GRS Serius Urus tadbir...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular