HomeUtamaDBKK laksana program 'Jom Bayar Kompaun'

DBKK laksana program ‘Jom Bayar Kompaun’

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan bulan pengampunan dibawah program ‘Jom Bayar Kompaun’ yang dilaksanakan sempena Pelancaran Aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ bermula 16 Oktober ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, program itu adalah tawaran pengurangan bayaran kompaun-kompaun DBKK kesalahan dibawah undang-undang kecil (Peruntukan Tempat-Tempat Letak Kereta Awam)(Letak Kereta Berkupon) Bandaraya Kota Kinabalu, 2014.

Katanya, program yang akan dilaksanakan sehingga 31 Oktober itu akan memberi tawaran pengurangan bayaran kepada kompaun – kompaun DBKK dimana pengguna hanya perlu membayar kompaun mengikut kadar asal tawaran kompaun sahaja.

Menurutnya, tawaran ini hanya terbuka kepada pengguna yang telah memuat naik aplikasi Sabah Smart Parking sahaja.

“Oleh demikian, tawaran pengurangan bayaran kadar kompaun akan diberikan melalui pembayaran dalam aplikasi Sabah Smart Parking dan pembayaran melalui kaunter – kaunter yang disediakan dengan pengguna perlu menunjukkan bukti yang telah memuat turun  aplikasi  tersebut  kepada  kakitangan  bertugas. 

“Walaubagaimanapun, tawaran pengampunan ini tidak terpakai kepada pengguna yang membuat pembayaran secara dalam talian (Online) DBKK e-service tidak akan mendapat tawaran pengampunan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Sabin berkata, adalah disarankan agar orang ramai khususnya warga Bandaraya Kota Kinabalu untuk memuat turun aplikasi Sabah Smart Parking di telefon mudah alih masing-masing.

Katanya, DBKK bersama DBKK Holdings Sdn Bhd juga akan membuka kaunter-kaunter perkhidmatan bagi tujuan kemudahan para pengguna yang ingin membuat semakan dan pembayaran Kompaun.

Justeru itu, Sabin berharap agar orang ramai mengambil peluang terhadap tawaran pengampunan yang diadakan ini.

“Selepas berakhirnya tempoh program ini, DBKK akan mengambil tindakan yang lebih tegas kepada orang ramai yang masih ingkar dan mempunyai jumlah tunggakan kompaun yang tinggi.

“DBKK tidak akan menerima sebarang permohonan rayuan untuk tujuan pengurangan dimasa akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah berjaya bawa banyak perubahan positif dalam ekonomi, aspek pembangunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular