HomeUtamaProgram Ziarah Hijrah Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan

Program Ziarah Hijrah Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan

Read Time:1 Minute, 13 Second

TUARAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan petugas-petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang pandemik COVID-19 khususnya di negeri ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, JHEAINS melalui pelaksanaan program Ziarah Hijrah tampil menyerahkan sumbangan bagi menaikkan semangat para petugas selain menghargai nilai pengorbanan mereka.

“Walaupun sumbangan yang diberikan dalam program ini tidaklah sebesar nilai pengorbanan yang dilakukan mereka tetapi diharap dapat menaikkan lagi semangat para petugas. Selain itu pengertian daripada penyampaian sumbangan ini juga sangat penting iaitu diiktiraf, dihormati dan dihargai.  

“Mereka adalah petugas barisan hadapan yang mengabdikan keselesaan diri bagi memberi peluang kepada masyarakat hidup dalam keadaan yang terkawal dan terpelihara,” katanya selepas mengadakan lawatan Sekatan Jalan Raya (SJR) Tamparuli-Ranau dan SJR Tenghilan-Kota Belud di sini, semalam.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, JHEAINS kini tidak lagi terhad kepada program keagamaan, ceramah ataupun program dalam surau dan masjid sahaja, tetapi turut membantu dalam urusan-urusan berkaitan isu semasa seperti meringankan beban mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Dalam program berkenaan, Jahid turut mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di Dewan Tun Hamdan Tamparuli, Klinik Pekan Tamparuli dan Klinik Pekan Tenghilan.

Program Ziarah Hijrah merupakan anjuran JHEAINS daerah Tamparuli dengan kerjasama Pertubuhan MyAmal Sabah sempena Sambutan Maal Hijrah. 

Hadir sama, Pengarah Jheains Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul, Pengerusi Penganjur Program Ziarah Suffian Kundu dan Pegawai Penerangan Daerah Tuaran, Malina Jamarin./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Utama

Pengamal media bantu kerajaan sebar, terangkan berita tepat, sahih kepada rakyat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya