HomeUtamaGugurkan kandungan, pelajar dipenjara 1 bulan denda RM5,000

Gugurkan kandungan, pelajar dipenjara 1 bulan denda RM5,000

Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Belum bersedia menjaga anak, seorang pelajar berusia 19 tahun dipenjara sebulan dan didenda RM5,000 kerana menggugurkan kandungannya.

Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 312 Kanun Keseksaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, wanita itu mengaku dengan sengaja menyebabkan dirinya keguguran di sebuah bilik sewa di sini pada 15 Mei lalu.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu yang sedang bertugas di Unit Kecemasan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas menerima tertuduh, yang ketika itu hamil 15 minggu lima hari, sebagai pesakit.

Tertuduh mengalami pendarahan selepas mengambil 14 biji pil Misoprostol (Cytotec) 200 mikrogram, iaitu 11 biji ditelan manakala tiga lagi dimasukkan ke dalam faraj.

Siasatan mendapati tertuduh mengandung hasil hubungan seksual dengan teman lelakinya.

Bagaimanapun, kedua-duanya bersetuju untuk menggugurkan kandungan kerana belum berkahwin serta belum bersedia untuk menjaga anak.

Susulan pengambilan ubat itu, tertuduh mengalami pendarahan sebelum dibawa ke hospital dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Tertuduh diwakili peguam Jagnesh Jaya manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ronnie Anak Anthony.

RELATED ARTICLES
Utama

Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah mulai esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular