HomeSukanPerlawanan persahabatan bantu erat hubungan antara pemain, penyokong Sabah FC

Perlawanan persahabatan bantu erat hubungan antara pemain, penyokong Sabah FC

Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Tawau : Perlawanan persahabatan Sabah FC bersama pasukan pilihan di beberapa buah daerah di negeri ini dilihat mampu mengeratkan hubungan antara pemain dan penyokong setia pasukan skuad Badak.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, sambutan yang diberikan penyokong khususnya di daerah ini juga dilihat amat baik.

Datuk Ong Kim Swee

“Ini satu perancangan yang cukup baik di mana perlawanan persahabatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara penyokong khususnya di luar Kota Kinabalu terutamanya di Keningau pada bulan April dan kali ini di Tawau, di mana sambutan yang cukup baik.

“Saya harap kita dapat meneruskan program-program seperti ini di mana kita harus bersama peminat setiap kali kita bermain walaupun jauh dan saya percaya pihak Persatuan Bola Sepak Tawau telah merancang begitu lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat perlawanan persahabatan antara Sabah FC dan pilihan Tawau di Kompleks Sukan Tawau di sini semalam.

Kim Swee turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Tawau dan pengurusan Sabah FA dan Sabah FC yang memberi peluang untuk bersama-sama penyokong di daerah itu.

Ketika ditanya mengenai perancangan perlawanan persahabatan seterusnya, Kim Swee berkata, ia terpulang kepada pihak pengurusan Sabah FA dan Sabah FC untuk merancang perlawanan di destinasi lain.

“Sudah tentu kita akan lihat jadual kita yang membolehkan kita hadir untuk bermain di mana-mana sekalipun di daerah Sabah ini,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan bertemu pilihan Tawau yang berkesudahan 2-1, Kim Swee menyifatkan perlawanan itu cukup baik dimana pilihan Tawau telah memberikan satu saingan yang cukup sengit.

“Ini yang kita perlukan sebelum kita bermain dengan pasukan Perak dan tahniah pada pasukan Tawau kerana menunjukkan satu permainan yang cukup, berintensiti di mana kita perlukan sebelum kita bermain dengan pasukan Perak,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC.

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular