HomeUtamaInisiatif 'Kita Gempur' perlu kerjasama semua pihak

Inisiatif ‘Kita Gempur’ perlu kerjasama semua pihak

Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Inisiatif Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (GEMPUR) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam perlu mendapat kerjasama semua pihak khususnya melibatkan agensi penguatkuasaan di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerjasama itu penting bagi memastikan inisiatif yang dikenali sebagai ‘Kita Gempur’ itu berjaya mencapai sasaran.

“Semalam adalah pelancaran ‘Kita Gempur’ yang dilancarkan Perdana Menteri dan program ini tidak berhenti setakat pelancaran.  Kita ada beberapa siri program lagi, yang penting adalah ia dapat diteruskan dengan ketangkasan penguatkuasaan bersama agensi-agensi penguatkuasa yang lain.

“Sebagai contoh dari segi aspek penyeludupan, kefungsian bersasarkan kepada akta yang bukan hanya KPDN tetapi banyak kementerian- kementerian lain yang ada ditempatkan di sempadan dan peranan itu dilaksanakan secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan mesra ke reruai kementerian dan agensi Kerajaan sempena Program Madani Rakyat (PMR) di perkarangan Kompleks Sukan Kota Kinabalu di sini hari ini.

Armizan berkata, inisiatif ‘Kita Gempur’ itu juga adalah saranan Kerajaan Madani yang mahukan subsidi yang diberikan Kerajaan sampai kepada golongan sasar tanpa sebarang ketirisan

“Yang kedua dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan, ada kod etika ada perundangan yang perlu dipatuhi.  Jadi kita mahu supaya tidak ada manipulasi dalam aktiviti perniagaan dijalankan

“Jadi program akan diteruskan, tetapi aktiviti penguatkuasaan akan ditangkaskan dengan gabungan semua agensi dan yang cukup penting lagi adalah keterlibatan pihak awam, kerjasama rakyat penting,” katanya.

Armizan berkata, pihaknya juga berharap orang rami dapat menggunakan saluran aduan yang disediakan bagi membolehkan pihak KPDN melakukan siasatan dan tindakan selanjutnya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

PMR 2024 Sayangi Sabah berjaya capai sasaran pengunjung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular