HomeUtama‘Kearifan Tempatan Dalam Seni Bina Rumah Tradisi Bajau Sama’ bawa tuah kepada...

‘Kearifan Tempatan Dalam Seni Bina Rumah Tradisi Bajau Sama’ bawa tuah kepada Azamuddin

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Pelajar Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, Muhammad Azamuddin Mohd Azrone, 19, dinobatkan juara Sayembara Penulisan artikel Kearifan Tempatan Sabah sempena majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sabah 2024 di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, di sini, pada Khamis.

Artikel ‘Kearifan Tempatan Dalam Seni Bina Rumah Tradisi Bajau Sama’ antaranya mengupas reka bentuk, bahan binaan, seni ikatan struktur binaan dan ketahanan rumah.

Sementara itu, naib juara disandang seorang pendidik, Dr Jamail Masador dan ketiga, Dr Dayang Junaidah Awang Jambol dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Penerima sagu hati pula adalah guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya Kota Kinabalu, Noriayani Ejip, selain, Dayangku Mastura Pengiran Ismail, Mabulmaddin Shaiddin, Dr Rosliah Kiting, Siti Hannah Jikri, Shawn Christien Fabian, Jumaria Mawi, Welin @ Rubilin Ebal, Wendy Inggu dan Favian Micco Ujin serta Norfazilla Mohd Yusof.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, DBP, Dr Rusmadi Baharudin.

Terdahulu Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2024 di disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya.

Hajiji dalam teks ucapannya yang dibacakan Ariffin memuji usaha DBP Cawangan Sabah melalui projek kosa kata bahasa sukuan yang berjaya mengetengahkan beberapa kosa kata sukuan negeri ini dan dirakamkan sebagai salah satu entri dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), antaranya kata ‘kerop’ daripada bahasa Kadazandusun yang bermaksud bulu mata palsu dan ‘meridap’ dituturkan Bajau Sama bererti lelap sekejap.

“Kita berasa bangga kerana turut sama menyumbang ke arah memperkasa kosa kata bahasa kebangsaan.

“Masih banyak kosa kata etnik yang boleh diketengahkan lagi berikutan Sabah mempunyai 35 etnik dan 217 sub-etnik yang berkomunikasi dalam lebih daripada 50 bahasa”, katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji hadir Program Santai Rohani Anak Muda Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular