HomeIsu tempatan83 sertai seminar pendidikan pelajar pekak

83 sertai seminar pendidikan pelajar pekak

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu: Seramai 83 peserta terdiri dari guru, pensyarah dan pelajar telah menyertai Seminar Pendidikan Pelajar Pekak secara atas talian di sini baru-baru ini.

Seminar anjuran Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) itu adalah bertemakan Mentransformasikan Pendidikan Khas dalam Era Digital.

Program itu juga menjadi platform kepada semua tenaga pengajar dan pelajar berkeperluan khas di seluruh Sabah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam mendidik pelajar pekak.

Ia juga membolehkan para pendidik untuk berkongsi idea dalam mencipta strategi yang sesuai untuk pendidikan digital bagi meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran pelajar pekak.

Dua panel telah menyampaikan perkongsian iaitu Dr. Nur Farhana Ardillah Aftar, Pensyarah Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah dan Dr. Samuel Chew, Penyelidik Bahasa Isyarat Malaysia The Chinese University of Hong Kong.

Timbalan Pengarah Akademik PKK, Abdul Razak Mohd Daim berkata, program seperti ini memberi manfaat kepada para pendidik dalam memastikan penyampaian ilmu dapat disampaikan lebih efektif.

Presiden Persatuan bagi Orang-Orang Pekak Sabah, Liau Kee Siong berkata, inisiatif seminar seperti ini memberikan ruang dan peluang dalam menambah baik pendidikan bagi orang pekak di Sabah dan akan sentiasa memberi sokongan bagi institusi pendidikan di Sabah. – SABAH MEDIA / FOTO PKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

SM Kian Kok terima sumbangan kewangan anjur Festival Seni Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular