KOTA BELUD: Seorang lelaki dilaporkan hilang di sungai semasa menjalankan aktiviti menangkap di kawasan Sungai Lebak Moyoh Kupang dekat sini pada pagi Ahad, mayatnya telah ditemui tengah malam tadi oleh orang awam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mangsa Noordin Punjuh,51, telah berjaya dijumpai oleh orang kampung pada jam 12:56 tengah malam pada jarak 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis. Seterusnya pasukan bomba bertindak mengambil mayat mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 2.09 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.