HomeUtamaPelbagai insentif kewangan disediakan bantu golongan wanita ceburi perniagaan

Pelbagai insentif kewangan disediakan bantu golongan wanita ceburi perniagaan

Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri menyediakan pelbagai insentif kewangan kepada usahawan muda khususnya golongan wanita yang berhasrat menceburi bidang perniagaan bagi menjana pendapatan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini kerana minat golongan wanita muda terhadap bidang perniagaan terutama di negeri ini sangat tinggi.

“Semasa saya membentangkan Belanjawan negeri 2025 pada 15 November lalu, antara lain selain daripada insentif kewangan dan bantuan kewangan yang ditujukan kepada golongan memerlukan, Kerajaan turut memberi insentif khusus bantuan modal kepada usahawan wanita muda.

“Kita pilih ini kerana kita dapati bahawa minat dikalangan wanita muda untuk berniaga itu tinggi. Tetapi yang menjadi kekangan ialah modal.

“Jadi kita telah melancarkan satu inisiatif untuk mengeluarkan dana yang akan dikendalikan bersama oleh Perbadanan Pinjaman Sabah dan juga Institusi Kajian Pembangunan Sabah (IDS) untuk mengurus dana ini bagi tujuan khusus untuk peniaga-peniaga baru dikalangan wanita muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Grand Opening Bawal Ratu Kota Kinabalu di Kompleks Karamunsing, di sini semalam.

Hadir sama pemilik Stokis Bawal Ratu Kota Kinabalu Eva Olivia Johnius.

Masidi berkata, pihaknya yakin inisiatif itu akan dapat memberi impak besar dalam mengambil kira golongan berkenaan yang paling aktif berniaga di Sabah.

Dalam pada itu, Masidi turut mengucapkan tahniah kepada Eva Olivia dan pemilik jenama Bawal Ratu atas pembukaan satu lagi cawangan baru di ibu negeri.

“Kita mengalu-alukan pembukaan kedai ini kerana ia sebenarnya mencerminkan keinginan kita untuk sama-sama mencari peluang menjana pendapatan dari segi penjualan tudung.

“Seperti mana kita tahu, penjualan tudung di Semenanjung itu sudah sesuatu yang cukup lumayan. Dan ada yang dijual, saya difahamkan, sehingga berpuluh-puluh ribu sehelai. Ini menunjukkan pasaran itu ada.

“Apa yang dibuat ini ialah kombinasi antara pemilik jenama ini dan juga stokis kita membawa jenama ini di Kota Kinabalu. Dan daripada apa yang saya terima dan saya dengar, sambutannya cukup baik,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK rancang jadikan KK sebuah bandar pintar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular