HomeIsu tempatanVaksin COVID-19 Untuk Remaja, Dapat Sambutan Menggalakkan Di Ranau

Vaksin COVID-19 Untuk Remaja, Dapat Sambutan Menggalakkan Di Ranau

Read Time:1 Minute, 12 Second

RANAU: Seramai 400 orang pelajar berusia 12 hingga 17 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) di daerah ini hadir untuk menerima imunisasi vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau, semalam.

Meninjau keadaan PPV di sini, sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan remaja didorong daripada ibubapa mereka yang prihatin akan keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka.

“Saya sangat gembira bila saja mendengar pengumuman pihak kerajaan iaitu remaja berumur 12 hingga 17 tahun boleh menerima suntikan vaksin kerana saya risau tentang keselamatan anak-anak saya bukan sahaja bila mereka kembali ke sekolah tetapi juga dalam keadaan sekarang, mereka juga terdedah dengan virus COVID-19,” jelas J.Sam sundin kakitangan Jabatan Pertanian  Ranau yang turut menemani dua anaknya ke PPV Ranau.

Manakala Wasli @ Badin Keidang seorang guru dari SMK Tamparuli berkata, beliau tidak teragak-agak untuk membawa anaknya menerima suntikan vaksin COVID-19 kerana kesedaran ibubapa yang prihatin tentang bahayanya wabak maut ini boleh dihindari melalui pengambilan vaksin dan dapat melindungi semua golongan khususnya anak-anak yang akan ke sekolah nanti.

“Kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kita mestilah memanfaatkan pemberian vaksin ini untuk anak-anak selain dapat melindungi diri daripada jangkitan COVID-19 tetapi juga kita dapat mencapai imuniti kelompok dengan cepat di negeri ini agar kita dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berharap ekonomi juga akan pulih seperti sedia kala,” kata Wasli.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular