HomeIsu tempatanDua Mangsa Hanyut Dikhuatiri Lemas Dalam Kejadian Bot Karam Di Sungai Padas

Dua Mangsa Hanyut Dikhuatiri Lemas Dalam Kejadian Bot Karam Di Sungai Padas

Read Time:1 Minute, 3 Second

TENOM: Dua mangsa termasuk kanak-kanak berumur 10 tahun hanyut dibawa arus deras dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di sungai Padas, Kg Kalandos Pangi dekat sini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) PgKB I Misran Bisara dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian bot karam di sungai Padas, Kg Kalandos Pangi pada jam 4.13 petang tadi.

Sepasukan anggota Bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan menggunakan perkhidmatan keretapi yang memakan masa hampir sejam untuk tiba ke lokasi tersebut.

“Maklumat awal diterima dari pengadu/pemanggil, terdapat empat orang mangsa yang baru selesai daripada membeli barangan keperluan di Pekan Tenom menggunakan bot telah karam semasa menyeberangi sungai Padas untuk balik ke rumah. Semasa kejadian, bot yang menghampiri tebing sungai tiba-tiba terbalik kerana arus sungai yang deras.

“Dua mangsa iaitu seorang warga emas lelaki dan seorang wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri, manakala dua mangsa lagi seorang lelaki dewasa lingkungan 50 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 10 tahun telah dibawa arus deras,” katanya.

Walau bagaimanapun dua mangsa yang hanyut masih belum ditemui.

“Pihak Bomba masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian,” tambah Misran.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular