HomeUtamaAb Jamal, Zaloha Dipilih Sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1443H/2021

Ab Jamal, Zaloha Dipilih Sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1443H/2021

Read Time:2 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU:  Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Ab Jamal Tun Sakaran dan aktivis dakwah, Zaloha Ahmad dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1443H/2021M.

Ab Jamal, 59, berasal dari Semporna yang berkelulusan B.Sc in Business Administration dalam Bidang Pengurusan dan Perdagangan Antarabangsa dari University Of San Francisco, California, Amerika Syarikat pada tahun 1985, terlibat dalam penubuhan dan jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu bermula pada tahun 2000 sehingga kini, sebagai Pengerusi Masjid tersebut.

Selain aktif dengan aktiviti kemasyarakatan dalam dan luar negara, beliau juga merupakan pengasas kepada penubuhan Madrasah Al-Mubarak, Madrasah Tahfiz AL-Quran AL-Mubarak, Akademi QurANIS Al-Mubarak, Akademi Intervensi Awal Kanak-Kanak Speech Therapy Center khusus untuk anak-anak istimewa dan OKU yang menjadi role model kepada masjid-masjid seluruh negara. 

Sementara itu, Zaloha, 62, dari Tawau adalah graduan ijazah sarjana muda Syariah di Institut Pengajian Tinggi  Islam Nilam Puri, Kelantan dan pernah berkhidmat di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan kini bergerak aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di bawah Yayasan Nur Jauhar.

Zaloha (empat dari kiri) menerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi kategori wanita yang disampaikan oleh Tun Juhar (tiga dari kiri). – FOTO JAPEN

Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), disini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Ariffin Mohd Arif,  Menteri Pembangunan Dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmy Yahya, Yang Di Pertua Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Seri Yahya Husin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Zulkapli Mohamed.

Turut diadakan pada majlis itu, penyampaian hadiah bagi beberapa acara yang dipertandingkan antaranya  pertandingan sepanduk bagi kategori kementerian/ jabatan/ swasta, kategori pertubuhan dan kategori kampung.

Bagi Kategori Kementerian/Jabatan/Swasta tempat pertama dimenangi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah diikuti Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah sebagai naib johan dan Kementerian Kewangan Negeri Sabah di tempat ketiga.

Bagi Kategori Pertubuhan pula, juara dirai Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Bahagian Sipitang sementara Persatuan Kadayan Sabah (Padian) dan Kelab Sukan Rekreasi Dan Kebajikan Majlis Ugama Islam Sabah (SICCOS) masaing-masing di tempat kedua dan ketiga. 

Bagi Pertandingan Sepanduk Kategori Kampung, Masjid Jamek Kg Kebatu Kabidang Beaufort dinobat sebagai johan, manakala naib johan disandang Masjid Imam Haji Hashim Pekan Sipitang dan tempat ketiga adalah Masjid Jamek Pekan Mesapol, Sipitang.

Johan bagi setiap kategori menerima wang tunai RM3,000 serta sijil, naib johan menerima wang tunai RM2,000 serta sijil dan tempat ketiga RM1,500 serta sijil yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. – Penerangan

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular