PRN SABAH
HomeSukanLebih 200 sertai Kawang Tropical Adventure Race 2025 di Papar

Lebih 200 sertai Kawang Tropical Adventure Race 2025 di Papar

Read Time:1 Minute, 5 Second

PAPAR : Acara sukan lasak bertaraf serantau, Kawang Tropical Adventure Race 2025, berjaya menghimpunkan lebih 200 peserta dari Sabah, Semenanjung dan Brunei Darussalam pada 21 September lalu bertempat di Mondikot Deer Camp, Kinarut, di sini.

Acara yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Hutan Lipur Kawang terpaksa dipindahkan ke Mondikot Deer Camp berikutan keadaan cuaca buruk, tanah runtuh, serta kerosakan jambatan gantung.

Pengarah perlumbaan, Auther J Kimon berkata, segmen Stand Up Paddle (SUP) turut dibatalkan namun kejayaan perlumbaan tetap berjalan lancar.

Katanya, edisi kali ini menampilkan tiga kategori utama iaitu Team Adventure (2 orang), Solo Trail Run 18KM untuk lelaki dan wanita, serta Fun Trail 5KM.

Menurutnya lagi, acara ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta, malah berperanan mempromosikan Papar sebagai destinasi pelancongan pengembaraan yang unik.

Tambahnya, kejayaan acara ini membuktikan potensi besar Papar untuk menjadi hab pelancongan sukan lasak bertaraf antarabangsa.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama padu antara peserta, komuniti dan penaja. Papar kini sudah bersedia untuk menarik lebih ramai penggemar sukan pengembaraan dari dalam dan luar negara,” katanya.

Katanya, edisi seterusnya, Kawang Tropical Adventure Race 2.0, akan diadakan pada 12 – 13 September 2026 sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menurutnya, acara itu dijangka akan menarik lebih banyak peserta antarabangsa sekaligus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai pusat pelancongan sukan lasak di Asia Tenggara.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala FA : Sabah ke pentas akhir selepas penantian 27 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular