HomeUtamaHajiji Mempengerusi Mesyuarat AMT PRBSS

Hajiji Mempengerusi Mesyuarat AMT PRBSS

Read Time:39 Second

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS) di Pusat Kebudayaan Bajau Sama Sabah, Kg. Lok Batik, Tuaran, hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah karnival dan perasmian bangunan pusat kebudayaan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Hajiji yang juga Presiden PRBSS turut menyampaikan watikah pelantikan Ketua Penerangan PRBSS kepada Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Kasim Md Mansur.

Terdahulu, Hajiji meninjau sekitar bangunan pusat kebudayaan tersebut dan kerja-kerja membina rumah tradisional bajau, landskap dan kecantikannya.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden,Datuk Musbah Jamli, Naib-Naib Presiden, Datuk Japlin Akim, Datuk Jumat Idris, Dato’ Armizan Mohd.Ali, Setiausaha Agung, Datuk Abdul Kassim Razali dan Bendahari, Datuk Daud Sidik.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 10,000 pengunjung meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya