PRN SABAH
HomeSukanLiga Super : Sabah FC tewas di laman sendiri kepada Kuching City...

Liga Super : Sabah FC tewas di laman sendiri kepada Kuching City FC

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila tewas 1-0 kepada Kuching City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas di sini malam tadi.

Gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan penyerang Kuching City, Jordan Mintah pada minit ke-74.

Sebaik perlawanan bermula, Sabah lebih banyak bertahan di kawasan sendiri bagi mempertahankan gawang berikutan asakan pemain Kuching City yang bermain dengan agresif untuk menjaringkan gol.

Hanya pada tiga minit pertama perlawanan, pemain Sabah dilihat agak berbahaya kepada pasukan lawan menerusi serangan awal mereka, namun selepas itu, serangan lebih banyak dilakukan pasukan Kuching.

Beberapa tonggak penting Sabah seperti Darren Lok, Daniel Ting, Gabriel Peres dan Miguel Angel Garrido Cifuentes atau Cifu mungkin antara sebab aksi Sabah agak kurang baik berbanding pasukan lawan.

Tamat masa rehat, Sabah dilihat cuba bangkit dan berjaya mendapat sepakan sudut pertama bagi perlawanan malam ini pada minit ke-52, namun peluang itu tersasar, sebelum Kuching kembali mengasak gawang tuan rumah.

Sepanjang 30 minit terakhir perlawanan, pemain Kuching City dilihat mengambil setiap peluang untuk mengasak Sabah menyebabkan pemain tuan rumah lebih banyak berkampung di kawasan sendiri bagi mengawal gawang.

Bagaimanapun, kekebalan pertahanan Sabah membuatkan Kuching City gagal menembusi gawang tuan rumah sehinggalah pada minit ke-74 apabila penyerangnya, Jordan Mintah meledak gol tunggal yang mengecewakan tuan rumah.

Keputusan itu sekali gus mengekalkan kedudukan Sabah di tangga kedua tercorot carta Liga Super setakat ini dengan hanya mengumpul tiga mata setelah seri tiga kali dan tewas tiga kali, termasuk perlawanan malam semalam. FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala FA : Sabah ke pentas akhir selepas penantian 27 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular