PRN SABAH
HomeSukanLiga Super : Kemenangan pertama Sabah FC, bangkit semangat pemain - Jafri

Liga Super : Kemenangan pertama Sabah FC, bangkit semangat pemain – Jafri

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Penyerang Sabah FC, Jafri Chew, menyifatkan kemenangan 3-2 pasukannya ke atas Penang FC di Stadium Likas Ahad lalu dalam saingan Liga Super sebagai tonik penting menjelang aksi separuh akhir Piala FA kedua menentang Selangor.

Sabah yang bangkit daripada ketinggalan memastikan tiga mata pertama Liga Super musim ini, sekali gus meningkatkan semangat pasukan.

“Kemenangan dengan Penang sangat penting sebab kita perlukan tiga mata pertama liga dan mood yang positif sebelum kita jumpa Selangor nanti,” katanya.

Jafri turut menjadi tumpuan apabila meledak gol jarak jauh kira-kira 40 meter iaitu satu percubaan yang sebelum ini hanya berjaya dilakukannya ketika latihan.

“Tentang gol tu saya sangat puas sebab sebelum ini saya hanya mampu buat dalam latihan. Tapi semalam ia menjadi dalam perlawanan sebenar,” katanya.

Mengulas prestasinya musim ini, Jafri berkata persembahannya diperkukuh dengan sokongan rakan sepasukan.

“Prestasi saya sekarang ini positif dengan bantuan rakan-rakan pemain. Saya yakin saya mampu bagi lagi lebih dari sekarang untuk bantu pasukan capai sesuatu yang lebih manis,” katanya.

Kemenangan tersebut dijangka memberikan momentum penting kepada Sabah FC menjelang pertembungan sukar menentang Selangor dalam kempen separuh akhir Piala FA kedua. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala FA : Sabah ke pentas akhir selepas penantian 27 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular