HomeSukanKerjasama Majlis Sukan Sabah, KBBS & UMS Mampu Kembangkan Kegemilangan Sukan Sabah

Kerjasama Majlis Sukan Sabah, KBBS & UMS Mampu Kembangkan Kegemilangan Sukan Sabah

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU:  Kerjasama Majlis Sukan Sabah, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah (KBSS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu mengembangkan kegemilangan sukan negeri Sabah.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, jaringan kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBBS), Majlis Sukan Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan satu pendekatan yang saintifik untuk membangun dan memajukan sukan di negeri ini.

“Dalam usaha meningkatkan prestasi sukan, pendekatan saintifik seharusnya dilaksanakan dengan menggabungkan bidang sains dalam sukan.

“Penubuhan Pusat Sains Sukan Sabah di bawah kendalian Majlis Sukan Negeri Sabah telah membolehkan teknologi sains sukan di aplikasikan secara menyeluruh di kalangan atlet dan pegawai dalam melahirkan atlet yang berani dan berkeyakinan.

“Antara perkhidmatan disediakan ialah psikologi, pemakanan, kesesuaian fizikal, fisiologi senam, penilaian sukan spesifik, kecederaan dan pemulihan, program perkhidmatan perancangan dan pemantauan jurulatih serta atlet yang tidak mengecualikan atlet Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani MoU di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini semalam.

Ellron berkata, ganjaran lumayan akan diberikan kepada atlet yang cemerlang diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan itu dilihat sebagai motivasi kepada penggiat sukan dalam mengangkat kecemerlangan sukan negeri ini.

Dalam majlis itu juga turut di adakan pelancaran buku Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah 2021-2030 yang disaksikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Andi Muhammad Suryady Bandy.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Masur Asun, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor dan Pengerusi Lembaga Sukan, Osman Aganduk.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya