HomeUtamaEdar lebih 70 kg dadah, dua ahli perniagaan di Tawau ke tali...

Edar lebih 70 kg dadah, dua ahli perniagaan di Tawau ke tali gantung

Read Time:53 Second

BERNAMA

TAWAU ~~ Mahkamah Tinggi semalam menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas dua lelaki yang juga ahli perniagaan selepas mereka didapati bersalah mengedar 70.9 kilogram dadah jenis syabu pada 2018.

Hakim Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu ke atas Tan Teng Siong, 42, dan Tay Thong Keng, 34, selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Lim dalam penghakimannya berkata pendakwaan berjaya membuktikan kedua-dua tertuduh mempunyai niat bersama untuk menyeludup dadah dan dengan itu, mereka didapati bersalah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu bersama Tan Teng Sang, 38, iaitu adik tertuduh pertama, di Jalan Haji Karim di sini pada 12.30 tengah hari pada 9 Nov 2018 mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Teng Sang, yang juga seorang ahli perniagaan, bagaimanapun dibebaskan daripada pertuduhan di akhir kes pendakwaan pada 20 Mac lepas.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran, Teng Siong diwakili peguam Dominic Chew serta Luke Ressa manakala Tay diwakili Ram Singh.

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya