HomeUtamaMayor’s Press Award kembali dianjurkan sempena ulang tahun Bandaraya Kota Kinabalu

Mayor’s Press Award kembali dianjurkan sempena ulang tahun Bandaraya Kota Kinabalu

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang tahun ini bagi meraikan dan memperingati pencapaian pembangunan bandar raya sempena sambutan ulang tahun ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu.

Sambutan itu akan berlangsung bermula 31 Januari yang melibatkan pengisian merangkumi aspek keagamaan, kebudayaan, sukan, alam sekitar, inovasi, pelancongan serta program kemasyarakatan.

Acara dimulakan dengan majlis bacaan surah yasin, tahlil dan doa selamat pada 31 Januari ini dan diikuti upacara menaikkan bendera sempena ulang tahun ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu pada 2 Februari bertempat di pekarangan bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Selain itu, turut diadakan adalah Galeri Double Six : Pertandingan Kreatif Potret Tokoh Pemimpin Sabah Sempena 50 Tahun Peristiwa Double Six 2026 serta Pesta Selera KK 2026.

Turut dijadual akan berlangsung adalah Majlis Pelancaran Malam Kebudayaan Bandaraya Sempena Tahun Melawat Malaysia pada April dan KK City Fun Ride Sempena Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu pada Mei depan.

Acara lain termasuklah penganjuran Majlis Apresiasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu 2026 pada Julai depan.

Bagi menghargai peranan media dalam menyalurkan berita dan maklumat mengenai DBKK dan bandaraya Kota Kinabalu, Mayor’s Press Award 2026 kembali diadakan pada September selepas lebih 10 tahun tidak diadakan sebelum ini.

DBKK membuka ruang kepada penglibatan orang awam dalam acara-acara tertentu yang telah dikenal pasti, bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu.

Orang awam dialu-alukan mengikuti saluran media sosial rasmi DBKK (Facebook dan Instagram) bagi mendapatkan maklumat terkini dan tepat mengenai program serta aktiviti yang dianjurkan.

Selain itu, orang awam juga boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Korporat DBKK di talian 088-521800 bagi sebarang pertanyaan lanjut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPDN Labuan rampas 32 tong GPC bernilai RM4,399.80

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular