HomeIsu tempatanUMS komited sokong TVET, perkasa halatuju kerjaya pelajar vokasional

UMS komited sokong TVET, perkasa halatuju kerjaya pelajar vokasional

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU:  Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan tinggi inklusif apabila menerima lawatan sambil belajar pelajar Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin (KVDSAZI), Melaka ke Akuarium Institut Marin Borneo (IMB), UMS, baru-baru ini.

Sesi perkongsian khas disampaikan oleh Timbalan Pengarah Risiko dan Strategik Global, Pusat Pengurusan Strategik UMS, Profesor Madya Ts. ChM. Dr. Mohd Sani Sarjadi.

Beliau menekankan kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu utama pembangunan modal insan negara serta laluan strategik ke pendidikan tinggi dan dunia pekerjaan.

“TVET bukan jalan buntu, sebaliknya laluan alternatif yang relevan sama ada untuk terus memasuki alam pekerjaan atau menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“UMS sentiasa komited dan terbuka kepada pelajar daripada aliran TVET khususnya dalam bidang sains gunaan, kejuruteraan, teknologi marin, teknologi makanan serta teknologi dan inovasi.

“Apa yang kita perlukan hari ini ialah graduan yang seimbang antara kemahiran teknikal, pemikiran kritis serta nilai professional dan inilah kekuatan sebenar TVET,” katanya.

Sani turut menegaskan kepentingan TVET dalam menyokong sektor strategik negara seperti sains dan teknologi marin, pemprosesan makanan laut serta kelestarian sumber alam, selaras dengan kedudukan Sabah sebagai negeri maritim.

Lawatan tersebut melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada 25 pelajar dan 15 pensyarah, diketuai Pengarah KVDSAZI, Idopi Senin.

Program berkenaan mencerminkan komitmen UMS dalam menyokong agenda nasional TVET serta memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan vokasional dan universiti.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

500 pelajar sertai program Professor@School STI 100³ UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular