HomeUtamaCOVID-19: Pelajar Positif Cetus Kluster Baharu Di Sabah

COVID-19: Pelajar Positif Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Kluster baharu yang dicatatkan di Sabah hari ini iaitu satu kluster jenis institut pendidikan.

Kluster dikenali sebagai Kluster Sungai Batang – Sandakan tercetus melibatkan seorang pelajar daripada Politeknik Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks bagi kluster tersebut adalah seorang lelaki tempatan, 19, bergejala demam dan batuk sejak 12 November 2021 dan beliau disahkan positif COVID-19 di klinik swasta pada hari yang sama.

Susulan daripada kes tersebut Saringan kontak rapat terhadap 29 pelajar serta dua kakitangan mendapati 24 kes positif termasuk 11 kes baharu dalam kalangan pelajar asrama institusi berkenaan.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular