HomeUtamaMPI rancang program pembangunan bakat media di Sabah

MPI rancang program pembangunan bakat media di Sabah

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Malaysian Press Institute (MPI) merancang untuk melaksanakan program pembangunan bakat media dan komunikasi di Sabah dalam usaha memperkasa institusi berkaitan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Ainol Amriz Ismail berkata, inisiatif tersebut menyasarkan penggiat media dan institusi-institusi yang terlibat dalam bidang informasi serta komunikasi secara lebih menyeluruh.

“Beberapa perbincangan di peringkat negeri dan persekutuan akan diadakan sebelum pelaksanaan inisiatif program dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Ainol berkata, kunjungan tersebut bertujuan memaklumkan perkembangan terkini MPI dalam usaha memperkukuh sistem informasi dan komunikasi negara selain menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan Yang di-Pertua Negeri terhadap pembangunan bidang kewartawanan khususnya di Sabah.

Hadir sama, Timbalan Presiden MPI, Farrah Naz Karim; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Sabah, Dr. Diana Dominic ; Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Mariah Doksil dan Pengurus Besar MPI, Norlida Jamain.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

PANDANGAN : Mengembalikan Keseimbangan Sejarah: Mengapa Sabah dan Sarawak Wajar Mendapat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular