HomeUtamaCIS bayar zakat RM500,000 kepada Pusat Zakat Sabah, santuni anak yatim dan...

CIS bayar zakat RM500,000 kepada Pusat Zakat Sabah, santuni anak yatim dan asnaf

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) terus memperkukuh komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila membayar zakat perniagaan bagi tahun 2025 berjumlah RM500,000 kepada Pusat Zakat Sabah dalam satu majlis yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Japlin bergambar kenangan bersama anak yatim dan asnaf serta wakil tiga rumah kebajikan.

Zakat berkenaan disampaikan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim kepada Ketua Penolong Setiausaha Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Iwansuzairie Hari yang mewakili Pusat Zakat Sabah.

Japlin berkata, sebagai syarikat milik kerajaan negeri, CIS bukan sahaja memainkan peranan menyokong pembangunan ekonomi Sabah, malah komited menyalurkan sebahagian keuntungan kepada golongan memerlukan melalui pembayaran zakat.

“Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan negeri, kita bukan sahaja memikul tanggungjawab menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Sabah, tetapi juga berkongsi rezeki dengan masyarakat melalui agihan zakat.

“Kita berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban golongan miskin dan asnaf, khususnya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Ustaz Malai Ali Malai Ahmad; Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof serta pengurusan CIS.

Selain penyerahan zakat, CIS turut menganjurkan Majlis Iftar bersama 60 anak yatim dan asnaf daripada beberapa institusi kebajikan termasuk Rumah Anak Yatim & Asnaf As Sakinah, Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah dan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah.

Setiap rumah kebajikan menerima sumbangan RM2,000.

Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan CIS dalam menyokong usaha kebajikan serta membantu golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan di Sabah.

Majlis berkenaan turut menjadi platform mengeratkan hubungan antara sektor korporat, agensi kerajaan dan masyarakat dalam semangat kebersamaan, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

RELATED ARTICLES
Utama

MUTIARA GRS mahu perkukuh kerjasama strategik demi manfaat masyarakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular