HomeUtamaCubaan seleweng barang kawalan gagal, dua individu ditahan di Semporna

Cubaan seleweng barang kawalan gagal, dua individu ditahan di Semporna

Read Time:56 Second

SEMPORNA : Dua individu ditahan dalam operasi bersepadu Ops Tiris 4.0 yang dilaksanakan di perairan utara Mataking, di sini, baru-baru ini.

Serbuan sekitar jam 8.20 pagi itu dijalankan oleh Batalion N22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak sebelum diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna untuk tindakan lanjut.

Hasil operasi berkenaan, sebanyak 257 liter minyak petrol, dua bot laju, tiga enjin sangkut serta lima tong gas petroleum cecair (LPG) seberat 75 kilogram, selain peralatan lain turut dirampas.

Menurut KPDN Sabah, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM10,948.44.

“Semua barang rampasan telah dibawa ke Pejabat KPDN Semporna untuk tujuan siasatan lanjut, manakala bot yang dirampas ditempatkan sementara di Pangkalan Jeti PGA Kunak

” KPDN menegaskan komitmennya untuk terus membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan melalui kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan lain,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan boleh menyalurkan aduan melalui WhatsApp 019-848 8000, talian Call Centre 1-800-886-800, e-mel [email protected] atau aplikasi Ez ADU KPDN.

RELATED ARTICLES
Utama

Kimanis catat IPU tidak sihat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular