HomeUtamaLelaki dipenjara seumur hidup edar 22kg syabu

Lelaki dipenjara seumur hidup edar 22kg syabu

Read Time:41 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang pekerja restoran atas  kesalahan mengedar 22,053.8 gram syabu.

Tertuduh, Low Siew Yuen, 54, didapati bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Inanam pada 4 Januari 2022.

Hakim Datuk Celestina Stuel Galid bagaimanapun mengecualikan hukuman sebatan ke atas tertuduh kerana faktor usia.

Low disabitkan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesalahan ini memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika tidak dihukum mati, disebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memanggil tujuh saksi, manakala tertuduh yang diwakili peguam Rupilin Alik menjadi satu-satunya saksi pembelaan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani.

RELATED ARTICLES
Utama

‘Duit boleh cari, nyawa lebih penting’ – pelajar UMS kongsi detik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular