HomeUtamaIsu 'stateless': Nico dibicara tahun depan

Isu ‘stateless’: Nico dibicara tahun depan

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang remaja tanpa kewarganegaraan akan menjalani perbicaraan pada 18 hingga 20 Januari tahun depan atas pertuduhan memasuki Sabah tanpa pas yang sah.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menetapkan tarikh perbicaraan itu terhadap Mohd Nico Ansboy, 18.

Mahkamah dimaklumkan bahawa pihak pendakwaan akan memanggil empat atau lima orang saksi semasa perbicaraan.

Nico didakwa tidak memiliki suatu pas yang sah di sisi undang-undang untuk memasuki Sabah semasa ditahan pada 15 Mac, jam 3 petang di kawasan One Borneo Mall, dekat sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10, 000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan hendaklah disebat tidak lebih dari enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Nico mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan itu pada 2 April.

Pada 30 April lalu, Nico yang kini menuntut di sebuah pusat pembelajaran alternatif kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut memerintahkan Nico melapor diri di balai polis di sini sebulan sekali, manakala pengetua pusat pembelajaran berkenaan ditetapkan sebagai penjamin.

Peguam Sherzali Herza Asli mewakili Nico, manakala pegawai Pendakwa, Inspektor Deanivo Sittin mengendalikan kes pendakwaan.

LINK BERITA TERDAHULU:

RELATED ARTICLES
Utama

JPNS sasar kekalkan momentum cemerlang pendidikan, bukti anak Sabah mampu bersaing...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular